“ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu
bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki
Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan
berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu
janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha
mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah
S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”